• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Difteria Di Sabah Bukan Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
08/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat penyakit Difteria di daerah ini pada 26 Julai lepas adalah bukan warganegara Malaysia, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi.

Beliau berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 21 Julai selepas mengalami demam, batuk, selesema dan sakit tekak sejak 18 Julai.

“Pesakit ini telah diberi rawatan anti-toksin difteria dan antibiotik serta ujian kultur swab tekak kes ini didapati positif bakteria Corynebacterium Diphtheria,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya pemeriksaan mendapati status imunisasi kanak-kanak itu adalah tidak lengkap.

Beliau berkata dua daripada 18 orang kontak yang tinggal dengan kes mengalami gejala ringan dan telah dirawat, manakala selebihnya telah diberi rawatan profilaksis.

Dr. Christina berkata tujuh kanak-kanak yang tinggal serumah telah menerima imunisasi difteria yang lengkap mengikut umur, sementara status imunisasi sebelas yang lain termasuk ibu bapa masih dalam siasatan.

Katanya kontak dalam kalangan keluarga yang tinggal berdekatan juga adalah sihat dan telah diberi rawatan profilaksis.

Difteria adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Corynebacterium diphtheria.

Kuman disebarkan melalui titisan respiratori dan akan memberi risiko kepada orang lain, khususnya kanak-kanak yang kurang daya tahan tubuh dan mereka yang tiada antibodi kerana tidak mendapatkan imunisasi atau status imunisasi tidak lengkap.

Dr. Christina berkata imunisasi yang lengkap mampu mencegah jangkitan dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi.

Beliau berkata ibu bapa dengan anak-anak di bawah umur tujuh tahun dinasihatkan agar menyemak semula status imunisasi anak-anak masing-masing dan memastikan mereka telah mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap supaya perlindungan optimum dapat diberikan.

Menurut Dr. Christina, langkah proaktif semua pihak akan dapat meningkatkan imuniti kelompok dan membendung kejadian Difteria daripada terus menjadi masalah kesihatan awam. Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan juga telah membuka Bilik Operasi Wabak Difteria pada Jumaat lepas yang beroperasi dari 8 pagi hingga 7 malam. – BERNAMA

Tags: DifteriaKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd