• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesalah Pertama Akta Seksual Kanak-Kanak Dipenjara

oleh AK-47
05/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pembantu kedai kek hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melakukan kontak fizikal dengan memeluk dari belakang seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun, bulan lepas.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan Mohd Nazrin Rabuan, 21,  menjalani hukuman bermula dari tarikh dia tangkap pada 31 Julai lepas.

Tertuduh merupakan pesalah pertama  di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual  Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas akta itu dikuatkuasakan tahun ini.

Dia melakukan perbuatan itu di sebuah hotel, di Bandar Puteri Puchong, Puchong, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi, pada 20 Julai lepas mengikut Seksyen 14(d)  Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Menurut fakta kes mangsa mengenali kawan tertuduh melalui aplikasi “weechat” dan pada hari kejadian remaja perempuan itu telah mengikut kawannya dan tertuduh serta bermalam di hotel tersebut.

Pada jam 3 pagi, remaja itu menangis dan apabila dia minta dihantar pulang, tertuduh datang lalu memeluk mangsa dari belakang.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya  memohon maaf atas perbuatannya dan dia juga kesal atas kejadian itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal . – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd