• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

46 Pembimbing Ibadah, 3 Pakar Rujuk Bantu Jemaah

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan 46 Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci  (Pihtas) dan tiga pakar rujuk di Tanah Suci bagi membantu jemaah haji Malaysia yang memerlukan panduan mengenai ibadah haji serta menyelesaikan kemusykilan yang timbul berhubung ibadah itu.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji 1438 Hijrah Tengku Aziz Raja Abdullah berkata kefahaman jemaah terhadap ibadah haji adalah penting agar mereka dapat melaksanakan Rukun Islam kelima itu dengan sempurna.

“Bahagian Bimbingan Haji ini sangat penting dalam memberi penjelasan ​​​​agar mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di sini.

Beliau berkata 46 Pihtas itu terdiri daripada kombinasi 60 peratus petugas lama dan bakinya adalah petugas baru.

Tiga pakar rujuk pula terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz, bekas Mufti Johor yang juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Mohd Noh Gadut dan bekas pensyarah fiqah Universiti Malaya Dr Hanisah Abdul Ghani.

“Kita bimbang jika ada permasalahan yang rumit untuk diselesaikan oleh pembimbing ibadah, maka tiga pakar rujuk ini akan bersidang dan menyelesaikannya dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Aziz berkata TH juga menggerakkan Talian Ibadah Haji (TAIB) bagi menyelesaikan pelbagai kemusykilan yang dibangkitkan oleh jemaah di Tanah Suci berkaitan ibadah haji.

Pada masa ini, TAIB beroperasi dari 7 pagi hingga 12 tengah hari; 4.30 petang hingga  6.30 petang dan 8 malam hingga 10 malam.

“Talian ibadah ini akan berfungsi 24 jam, dua minggu sebelum Hari Wukuf dan seminggu selepas Hari Wukuf. Empat Pihtas akan bertugas secara bergilir untuk memberi penjelasan terhadap pelbagai kemusykilan kepada jemaah haji,” katanya.

Sementara itu, Tengku Aziz berkata bahagian bimbingan turut mengatur 12 ceramah di Tanah Suci, melibatkan empat di Madinah dan selebihnya di Makkah.

“Ceramah itu untuk mengulang kaji ibadah haji dan umrah, seperti yang diadakan ketika jemaah berkursus di tanah air. Kita juga akan beri penjelasan mengenai persiapan untuk melaksanakan ibadah semasa di Arafah, Mina dan Muzdalifah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Aziz Raja Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TH Berusaha Laksana 5,000 Permohonan Badal Haji

02/08/2017
0

MAKKAH - Tabung Haji (TH) akan berusaha memastikan 5,000 permohonan badal haji (upah haji) daripada umat Islam Malaysia dapat dilaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd