• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bakal Guna Teknologi Semakan Video Sepak Takraw

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Buat kali pertamanya dalam sejarah Sukan SEA, teknologi semakan video bakal digunakan untuk sukan sepak takraw apabila Malaysia menganjurkan temasya dwitahunan itu yang bermula dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc), Datuk Seri Zolkples Embong, yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya membangunkan teknologi baharu melibatkan banyak kamera untuk membuat keputusan yang tepat dan adil.

Beliau berkata ini kerana semakan video untuk sepak takraw adalah berbeza berbanding teknologi Hawk-Eye, yang digunakan secara meluas dalam sukan tenis, badminton, ragbi dan bola tampar.

“Semakan video sepak takraw berbeza dengan Hawk-Eye kerana ia hanya melibatkan ulangan untuk memastikan bola keluar atau masuk sahaja. Tetapi dalam sepak takraw, bantahan boleh dibuat untuk menghalang, lipatan, servis tekong dan sebagainya.

Kadang-kadang dari sudut mana pun, kita tidak nampak. Jadi kebanyakan keputusan masih bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh pengadil dan pegawai-pegawai teknikal seperti dalam sukan hoki dan bukannya automatik seperti badminton,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pertukaran dokumen penajaan Sukan SEA di antara Masoc dan Sony (Malaysia) Sdn Bhd di Menara KBS di sini, hari ini.

Teknologi semakan video digunakan buat kali pertama  di Malaysia dalam Liga Sepak Takraw (STL) 2016.

Sebanyak 12 pingat emas dipertandingkan dalam acara sepak takraw Sukan SEA kali ini, yang akan berlangsung pada 16 hingga 30 Ogos di Stadium Titiwangsa di sini.

Mengenai skuad olahraga negara yang masih tidak dapat menggunakan venue pertandingan, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil untuk latihan, Zolkples berkata mereka hanya boleh menggunakan stadium itu dua hari sebelum sukan olahraga membuka tirai, iaitu pada 20 Ogos.

“Ini kerana stadium tersebut ditutup untuk kerja-kerja persediaan upacara perasmian pada malam 19 Ogos. Apa pun, banyak peluang telah diberikan kepada atlet-atlet negara sebelum ini, termasuk acara Pra-Sukan SEA manakala tempat latihan Majlis Sukan Negara (MSN) juga mempunyai trek yang sama.

“Atlet kita memang mempunyai banyak kelebihan dan buktinya, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter di trek itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zolkples EmbongSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd