• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malakoff Manfaat Selesai Pertikaian Loji Tanjung Bin

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tanjung Bin Power Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation dengan kepentingan sebanyak 90 peratus, telah memeterai satu perjanjian dengan pihak yang terbabit dalam prosedur litigasi dan timbang tara membabitkan tiga unit stesen janakuasa arang batu 700MW yang dimiliki serta dikendalikannya.

Pihak terbabit adalah IHI Corporation Japan, ISHI Power Sdn Bhd dan IHI Power Systems (M) Sdn Bhd yang secara kolektif dirujuk sebagai responden dan Sumitomo Corporation, Zelan Holdings (M) Sdn Bhd serta Sumi-Power Malaysia Sdn Bhd yang dirujuk sebagai responden penimbangtaraan.

“Pertikaian itu pada masa ini di bawah Tindakan Litigasi dan Prosiding Timbang Tara.

“Berikutan perjanjian sebelumnya, satu penghakiman persetujuan akan dibuat bagi Tindakan Litigasi secara tegas tanpa pengakuan berasaskan liabiliti dan Tanjung Bin sebagai pihak yang menuntut, akan menarik diri dan menghentikan Prosiding Timbang Tara membabitkan terma dan syarat ditetapkan dalam perjanjian itu,” kata Malakoff dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini, hari ini.

Malakoff turut menyifatkan perjanjian itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.

Untuk rekod, pada 1 Dis, 2015, Tanjung Bin memfailkan writ saman dan kenyataan tuntutan terhadap IHI, ISHI Power dan IHI Power System bagi menuntut ganti rugi atas pelanggaran kewajipan yang mereka secara individu atau kolektif, berhutang kepada Tanjung Bin.

Jumlah tuntutan itu adalah sebanyak RM780 juta.

Ini berkaitan 22 insiden berbeza kegagalan tiub dandang di loji janakuasa Tanjung Bin serta kegagalan loji janakuasa untuk menepati syarat pengeluaran tertentu yang telah ditetapkan.

IHI merupakan pengeluar dan pembekal peralatan dan komponen dandang serta sistem berkaitan di loji itu manakala ISHI Power dan IHI Power System menyediakan perkhidmatan kepada Tanjung Bin termasuk adunan arang batu, penyelenggaraan dan pengoperasian dandang dan kemudahan berkaitan.

Sementara itu, timbang tara dengan Sumitomo, Zelan dan Sumi-Power pula merujuk kepada kerugian dan kesan dialami Tanjung Bin berikutan kecuaian responden dan ejen di bawah kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan kontrak stesen janakuasa terbabit.

Pada 23 Nov, 2016, Malakoff berkata kesan dialami oleh Tanjung Bin adalah bernilai RM785 juta.

Pada 2.48 petang, saham-saham Malakoff naik dua sen kepada RM1.04. – BERNAMA

Tags: Malakoff Corporation
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Fuaad Akan Terajui Malakoff Mulai Oktober

20/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, dilantik sebagai Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd