• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alolo… Sweetnya Sheila Rusly Panggil Janna ‘Baby’

oleh
06/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka pada mulanya hubungan mereka ini hanya sebagai seorang pelakon dan penerbit. Kini mereka bagaikan anak-beranak!

Ada ke masih tak kenal pelakon Janna Nick yang namanya semakin mencanak naik selain penerbit serba boleh, Sheila Rusly? Mesti semua kenal kan?

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, mula popular selepas drama Syurga Nur yang merupakan drama pertamanya bersama JS Pictures.

Walaupun waktu mula-mula nak terima tawaran sis Sheila, Janna macam takut-takut. Mana taknya, waktu tu banyak pulak gosip pasal JS Pictures.

Nasib baik gadis kelahiran Kedah  ni bijak dan dia terima tawaran Sheila dan suami, Jinggo. Akhirnya sekarang nama Janna semakin dikenali dan bakatnya semakin bersinar.

Sebelum ni ada je suara sumbang yang bergosip, kononnya Janna ni artis kesayangan Sheila dan Jinggo. Tapi Sheila sendiri tak boleh nak nafikan sebab memang Janna rapat dengan family mereka.

Tengok la video ni, Sheila sendiri panggil Janna dengan panggilan ‘baby’. Alolo… Sweetnya baby besar ni! Suka sangat tengok keletah mereka ni.

Jadi artis yang lain jangan jealous okay. Sheila pun cakap yang Janna ni macam bayangan Sheila Rusly Junior. Anak-anak Sheila sendiri selesa dengan Janna yang diorang sendiri rasa macam kakak kandung.

Kebanyakan artis baru mereka akan rasa gerun dengan Sheila sebab beliau salah seorang penerbit yang boleh dipanggil ‘singa’. Memang lah dia perlu jadi ‘singa’ sebab ada berlakon macam kayu!

Sheila dengan suami pun memang layan Janna macam anak sendiri. Dibagi makan, dibagi tempat tidur. Untungnya Janna dapat jadi anak angkat sis Sheila.

Mereka pun dah berkongsi banyak ilmu tentang lakonan. Sheila pun banyak mengajar Janna tentang realiti dunia artis yang sebenar. Jangan ingat jadi artis ni senang.

Janna selalu diberi tunjuk ajar dan dinasihati supaya jangan cepat melatah kalau-kalau ada gosip busuk tentang dirinya tu.

Kalau anda semua ada follow Jinggo dekat Instagram, mesti ada tengok video keakraban Janna dan keluarga ni. Banyak video diorang sama-sama.

Waktu hari jadi Janna yang lepas pun, Sheila dengan Jinggo ada buat birthday surprise dekat Janna. Comel je diorang ni kan. Memang macam anak-beranak.

Semoga hubungan baik antara penerbit dan pelakon popular ini akan terjalin selamanya. Mudah-mudahan karier Janna sebagai pelakon dan penyanyi akan bertambah sinar selepas ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: artis malaysiaJanna Nickmesraselebritisheila rusly
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd