• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amerika Syarikat Tak Iktiraf Penubuhan ANC Venezuela

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengiktiraf Dewan Perlembagaan Negara (ANC) Venezuela yang ditubuhkan bagi meminda perlembagaan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Kami sedang menilai semua dasar dan melihat apa yang boleh dilakukan bagi merubah keadaan, sama ada (Presiden Venezuela Nicolas Maduro) perlu memutuskan beliau tidak mempunyai masa depan dan berundur atau  kita boleh mengembalikan proses pemerintahan kerejaan kepada perlembagaan,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan semalam.

Isnin lepas, AS mengenakan sekatan ekonomi terhadap Maduro, sehari selepas Venezuela mengadakan pengundian memilih anggota ANC.

“Sekatan terhadap Maduro membuktikan dengan jelas AS membantah dasar rejimnya,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin.

Maduro dalam kenyataan balasnya, menafikan sekatan itu mensasarkan dirinya secara peribadi namun beliau berbangga dipilih untuk dikenakan tindakan sedemikian.

“Mereka sekat saya kerana tindakan mengadakan proses pilihan raya unik dalam sejarah Amerika…dan kerana tidak mematuhi perintah kerajaan asing,  jika itu benar, saya bangga dengan tindakan ke atas saya.

“Ancaman dan sekatan…tidak menakutkan saya. Tiada yang perlu ditakutkan,” kata Maduro sambil menambah bahawa sekatan itu menunjukkan betapa tertekannya Washington.

Selain Maduro, AS turut mengenakan sekatan ke atas 13 pegawai kanan atau bekas pegawai kanan Venezuela selain memberi amaran kepada yang lain jika terbabit dengan ANC akan berdepan nasib sama.

Langkah kerajaan mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota ANC menerima tentangan daripada gabungan parti pembangkang yang mendakwa ia taktik presiden bagi mengukuhkan kekuasaan.

Gesaan penubuhan ANC disuarakan Maduro pada Mei bertujuan meminda perlembagaan sebagai usaha menangani krisis politik yang menyebabkan negara lumpuh dan mewujudkan perpecahan politik di negara Amerika Selatan.  – BERNAMA

Tags: Penubuhan ANC Venezuela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd