• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Pelajar Sekolah Di Selangor Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di seluruh Selangor dilihat masih membimbangkan, sekalipun berlaku trend penurunan jumlah kes dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Datuk K. Kumaran berkata kebanyakan pelajar dilaporkan cenderung terbabit dengan kegiatan jenayah itu merangkumi kes samun, pecah rumah, rogol, gengsterism dan buli selain menyertai kumpulan kongsi gelap.

“Bermula 2012 hingga Julai tahun ini, terdapat trend penurunan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini, yang mana pada 2012 jumlah kes mencatatkan 1,247, diikuti 2013 sebanyak 1,418 kes, 2014 (856 kes), 2015 (558 kes) dan pada tahun lepas meningkat sedikit 781 kes manakala dari Jan hingga Julai tahun ini pula hanya 167 kes.

“Walaupun jumlah itu agak rendah berbanding populasi sebenar pelajar di seluruh negeri ini, namun pemerhatian serius wajar diberikan bagi membendung kegiatan jenayah ini daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Anti Gengsterisme, Budaya Buli dan Gejala Sosial’ Peringkat Sekolah Menengah Daerah Klang Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas di sini, hari ini.

Turut hadir Pengetua SMK Sri Andalas, Kalsom Redzuan.

Kumaran berkata pihak berkuasa, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil langkah segera bagi membendung kegiatan jenayah melibatkan pelajar sebelum ia menular serta memberi kesan buruk kepada negara.

“Dalam usia muda, mereka (pelajar) sangat mudah terpengaruh dengan kegiatan kurang sihat, sebab itu pendekatan proaktif termasuk mengadakan kempen kesedaran selain mengawasi pergerakan pelajar ini perlu dilaksanakan berterusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelajarselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd