COMEL sungguh pasangan suami isteri, Scha Alyahya dan Awal Shaari ini!
Untuk menyambut hari lahir Awal yang ke-36, Scha telah membuat satu surprise party buat suaminya itu di sebuah hotel, semalam.
Menurut Awal, dia sendiri tidak menjangkakan langsung tentang majlis tersebut kerana terlalu awal berbanding tarikh sebenar iaitu 6 Ogos.
Saat-saat bahagia itu semestinya diabadikan menerusi beberapa buah gambar yang dimuat naik di dalam Instagram masing-masing.
Awal turut meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kesayangan, Scha Alyahya dan sahabat-sahabat baiknya kerana bersusah payah merancang majlis ulang tahun tersebut.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan itu, dapat dirasakan kemeriahan majlis tersebut dan sudah tentu Awal amat gembira mendapat kejutan istimewa daripada isteri dan insan-insan terdekat dalam hidupnya.
Dalam pada itu, para peminat pasangan ini membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari jadi kepada Awal serta tak kurang juga yang memuji Scha sebagai isteri yang sweet dan penyayang.
Ini yang membuktikan pasangan masih perlu sentiasa cuba ‘memenangi’ hati suami atau isteri masing-masing meskipun selepas beberapa tahun berkahwin.
Sikap romantik tidak perlu berakhir selepas kahwin ya, lihat saja Scha dan Awal! – MYNEWSHUB.CC