• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kes FIC: Peguam, Pembantu Direman 5 Hari

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang peguam dan pembantu wanita direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, sekitar 4 petang, semalam.

Sumber SPRM berkata, peguam berusia 44 tahun itu beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek wanita berusia 29 tahun merupakan pembantu perundangan firma undang-undang itu.

Mereka disyaki terbabit menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC, katanya.

Perintah reman bermula hari ini hingga 8 Ogos itu dikeluarkan Majistret Muhamad Safuan Azhar yang membenarkan permohonan SPRM untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Muhamad Safuan memerintahkan reman bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC disambung selama empat hari bermula esok untuk membantu siasatan kes sama.

Terdahulu, di mahkamah sama tiga pengarah syarikat yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak pada 2014 dibebaskan hari ini dengan jaminan tunai RM20,000 dan jaminan SPRM RM200,000 setiap seorang.

Individu itu ialah pengarah syarikat yang juga pemilik hotel tersebut ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 petang Sabtu lalu manakala dua lagi ditahan SPRM pada Ahad merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan. – BERNAMA

Tags: FICSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd