• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Separuh Jemaah Haji Tiba Di Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1438 Hijrah, kini sudah berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Timbalan Ketua Rombo­ngan Haji (Kebajikan) 1438 Hij­rah, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata setakat I Ogos, kira-kira 14,000 atau 46 peratus jemaah berada di kedua-dua tanah suci, sejak penerbangan pertama dari tanah air ke Madinah pada 24 Julai lepas.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, 10,900 jemaah kini berada di Madinah dan bakinya di Makkah. Kumpulan pertama jemaah dari Madinah sudah memasuki Makkah sejak 1 Ogos,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah di sini, Rabu.

Jemaah haji Malaysia yang kini berada di Madinah akan memasuki Makkah secara berperingkat bagi menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Nurrin Anuwar berkata daripada keseluruhan 110 penerbangan ke Tanah Suci bagi musim haji tahun ini, 37 penerbangan telah membawa jemaah Malaysia ke kedua-dua tanah suci itu, melibatkan 29 penerbangan ke Madinah, manakala selebihnya mendarat di Jeddah, dan jemaah bergerak menggunakan bas ke Makkah.

Beliau berkata TH juga mengatur pelbagai aktiviti di Makkah termasuk membawa jemaah yang baru tiba di kota suci itu menunaikan umrah wajib selain mengadakan program bimbingan ibadah bagi mengulang kaji tatacara mengerjakan ibadah haji.

“Kita menyediakan lapan modul bimbingan ibadah dengan setiap maktab penginapan mempunyai Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (Pihtas), empat taklimat pengurusan daripada pengurus maktab serta satu taklimat berkaitan kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata keadaan kesihatan jemaah Malaysia adalah baik di Madinah dan Makkah.

“Kurang daripada 10 jemaah yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan Tabung Haji di Madinah disebabkan kepenatan dan demam, manakala di Makkah tiada,” katanya.

Sebanyak 110 penerbangan akan membawa jemaah haji Malaysia ke Madinah dan Jeddah secara berperingkat dengan penerbangan akhir pada 26 Ogos. Daripada jumlah keseluruhan itu, 46 penerbangan akan terus ke Madinah, dan 64 ke Jeddah sebelum jemaah menaiki bas ke Makkah.

Hari Wukuf di Arafah iaitu hari bermulanya rukun haji ​​dijadual pada 31 Ogos.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini 565 daripada jumlah keseluruhan 600 petugas TH telah berada di Makkah, Madinah serta Jeddah, dan bakinya akan tiba dalam minggu ini. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMekah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd