• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Komen Perpindahan Mahal Neymar

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho percaya rancangan perpindahan rekod dunia Neymar dari Barcelona ke Paris St-Germain ‘tidak mahal’.

Barcelona, malam Rabu mengesahkan Neymar tidak akan berlatih dengan skuad untuk membuat persiapan perpindahan rekod dunia £198 juta ke PSG.

Bayaran itu akan melenyapkan rekod £89 juta yang dibayar Manchester United kepada Juventus untuk mendapatkan Paul Pogba pada musim panas lalu.

Tetapi pengurus Manchester United, Mourinho menegaskan PSG telah membayar harga yang tepat untuk Neymar.

“Apabila kami membayar jumlah itu untuk Pogba dulu, saya kata ia tidak mahal.

“Yang dikatakan mahal apabila seseorang itu masuk ke tahap tertentu tanpa kualiti tertentu.

“Saya fikir apa yang berlaku terhadap Neymar sama seperti Pogba.

“Saya tidak fikir dia mahal untuk dibayar £200 juta. Saya fikir dia mahal kerana hakikatnya anda bakal mempunyai lebih ramai pemain bernilai £100 juta, lebih ramai pemain £80 juta dan lebih ramai pemain £60 juta.

“Saya rasa itulah masalahnya kerana Neymar adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Secara komersil dia sangat kuat dan pasti Paris St-Germain telah memikirkannya. Jadi saya tidak fikir Neymar jadi masalah, masalahnya adalah pemain selepas Neymar.” – mStar Online

Tags: Jose MourinhoNeymar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

25/06/2023
0

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

24/06/2023
0

RIO DE JANEIRO : Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd