• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Ke Singapura 4 Kali Sehari Mulai Feb 2015

oleh Ahmad Albab
23/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air akan meningkatkan perkhidmatan penerbangan terus Kuala Lumpur-Singapura kepada empat kali sehari mulai 6 Feb, 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan hibrid itu berkata kekerapan penerbangan itu merupakan tambahan kepada pelancaran perkhidmatan penerbangan tiga kali sehari Kuala Lumpur-Singapura yang dimulakan pada 3 Nov lepas.

“Penerbangan baharu itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 3.05 petang dan akan mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 4.05 petang.

Penerbangan pulang dari Changi pada pukul 4.50 petang dan dijangka mendarat pada 5.50 petang di klia2.

Tambang promosi untuk semua penerbangan sehala ke Singapura akan bermula pada RM60 untuk kelas ekonomi termasuk elaun bagasi percuma sebanyak 15 kilogram dan serendah RM274 untuk kelas bisnes dengan perjalanan sehala termasuk semua serta 40 kilogram elaun bagasi.

“Kekerapan penerbangan baharu ini merupakan tanda terima kasih kami kepada para pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.malindoair.com atau hubungi pusat panggilan di nombor 03-78415388, antara 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd