• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam, Pemimpin NGO Ejen Sebar Info Positif

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) disaran menjadi ejen penyebar maklumat positif mengenai dasar kerajaan di media sosial agar pemikiran lebih baik dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Muhamad Rafii berkata penularan maklumat negatif terutamanya yang dibawa pihak tertentu di media sosial semakin berleluasa dan dikhuatiri mempengaruhi pemikiran masyarakat.

“Sebagai contoh tentang projek MRT di mana ada pihak yang menyebarkan maklumat salah mengenai kosnya sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif, sedangkan maklumat sebenar tidak diketahui oleh masyarakat.

“Kita (yang mengetahui maklumat sebenar) kena jadi ejen untuk menceritakan perkara yang baik-baik…kita mahu mencipta generasi yang baik, kita sendiri kena jadi baik dan cerita kepada masyarakat,” katanya dalam sesi forum pada majlis #Negaraku: Seminar Media Sosial peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Forum itu dikendalikan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zulkefli Salleh dengan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Ismail Aziz sebagai anggota panel.

Seminar sehari itu dianjurkan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Memperkasa Penggunaan Positif Media Baharu’, seminar itu bertujuan mewujudkan generasi warga digital berminda kelas pertama yang mengamalkan etika penggunaan internet secara selamat, berwaspada dan bertanggungjawab.

Razlan juga berkata media sosial menjadi platform utama pihak-pihak tertentu menyebarkan maklumat negatif terutamanya yang berkaitan polisi kerajaan dengan tujuan menanam kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Mereka sudah membuat kajian bahawa jika mereka memainkan sesuatu isu, ia akan menyebabkan masyarakat marah kepada kerajaan tetapi sebenarnya apa yang dijanjikan mereka kepada masyarakat pula sebenarnya akan merosakkan dan merugikan negara,” katanya.

Tun Faisal Ismail pula berkata medial sosial adalah alat yang amat berbahaya dan boleh meruntuhkan negara jika disalahgunakan.

Beliau mengambil contoh insiden Arab Spring di mana media sosial digunakan untuk menanamkan kebencian dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan beberapa negara Arab bergolak.

Di Malaysia, katanya, penyalahgunaan media sosial sering berlaku dengan rakyat menyebarkan sesuatu maklumat tanpa memeriksa kesahihannya sehingga mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain.

“Dalam peristiwa banjir besar di Kelantan beberapa tahun lalu, penyebaran maklumat tidak tepat telah menyusahkan pihak penyelamat dan menyebabkan mangsa yang sepatutnya mendapat bantuan tidak menerima bantuan,” katanya.  – BERNAMA

Tags: Datuk Razlan Muhamad Rafii
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd