• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kanak-Kanak Dipercayai Didera Keluarga Angkat

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Seorang wanita dan dua anaknya ditahan pada Isnin lepas kerana dipercayai mendera dua anak angkatnya berumur lima dan enam tahun, kata Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay.

Beliau berkata wanita berumur 44 tahun itu serta anak lelakinya berumur 15  tahun dan anak perempuannya 16 tahun ditahan selepas seorang jururawat yang membuat pemeriksaan terhadap dua kanak-kanak perempuan itu  di sebuah tadika di Sungai Bayor membuat laporan polis pada 4 petang, 31 Julai lalu.

“Pengadu mendapati terdapat kesan kecederaan lama di bahagian tangan mangsa pertama berumur lima tahun dan kesan parut di bahagian belakang mangsa kedua berumur enam tahun yang disyaki dirotan.

“Kedua-dua mangsa merupakan anak angkat kepada wanita berkenaan dan mengikut percakapan awal kedua-dua mangsa telah diambil sebagai anak angkat sejak Mei 2015 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tujuan wanita itu mengambil anak angkat adalah bagi mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM250 bagi seorang anak angkat.

Loo berkata kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Selama untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh putung rokok di bahagian badan dan kesan cubitan serta luka pada kemaluan kedua-dua  mangsa.

Katanya kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – BERNAMA

Tags: DSP Loo Lian Lay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Selama Rampas Heroin Bernilai RM300,000

01/03/2018
0

SELAMA - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua ketulan mampat heroin base dan satu bungkusan plastik lutsinar disyaki heroin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd