• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Terus Catat Pertumbuhan Dua Angka

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – RAM Rating Services Bhd menjangka eksport Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan dua angka pada kadar 17.5 peratus pada Jun, walaupun perlahan berbanding 32.5 peratus dicatatkan pada Mei 2017.

Dalam kenyataan hari ini, RAM berkata kadar sederhana itu berikutan permintaan bagi eksport yang perlahan dari China dan Singapura, selepas pertumbuhan pesat dalam kapasiti dan penambahan semula stok untuk beberapa bulan berturut-turut.

Selain itu, kesan asas yang tinggi daripada pemulihan pertumbuhan pada Jun 2016 turut menyumbang kepada kadar sederhana tersebut, katanya.

Agensi penarafan itu berkata pertumbuhan import turut dijangka kekal baik pada 12.6 peratus berbanding bulan sebelumnya 30.4 peratus, dengan import diunjur menurun selaras dengan kadar sederhana dalam eksport.

Peningkatan sokongan daripada eksport semula berbanding keseluruhan pertumbuhan import pada Mei yang dijangka tidak diteruskan hingga Jun, mengurangkan lagi momentumnya, katanya.

“Oleh itu, imbangan perdagangan diunjurkan meningkat kepada RM9.4 bilion pada Jun,” katanya.

RAM berkata permintaan bagi peralatan pengangkutan dan jentera memacu eksport yang meningkat dengan kukuh kepada pasaran utama Malaysia.

“Pertumbuhan eksport kepada beberapa rakan kongsi utama turut mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun pada Mei,” katanya.

Bagaimanapun, katanya paras yang tinggi itu dijangka tidak kekal susulan permintaan bagi komponen input oleh pengeluar asing akan berkurangan apabila keperluan inventori dipenuhi dan kitaran pertumbuhan elektronik semasa berakhir selepas berlaku gelombang telefon pintar yang seterusnya. – BERNAMA

Tags: RAMRAM Rating Services Bhd
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RAM Ratings Jangka KDNK Susut Kepada 4.6% Pada 2019

17/11/2018
0

KUALA LUMPUR - RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2019 akan susut...

Hutang Negara Masih ‘Boleh Diurus’ – RAM Ratings

27/08/2017
0

PEMBIAYAAN China untuk projek infrastruktur utama akan mengimbangkan liabiliti Malaysia pada kadar yang diukur, RAM Ratings berkata dalam satu laporan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd