• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Drama, Rambut Janna Dah Macam Lelaki Betul!

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENUNJUKKAN komitmen cemerlang dalam usaha menjayakan wataknya, Janna Nick sanggup memotong rambut pendek ala boy cut demi drama bersiri Coffee Prince.

Coffee Prince merupakan adaptasi daripada drama bersiri terkenal dari Korea Selatan dengan tajuk yang sama dan bakal diarahkan oleh Michael Ang.

Khabarnya, Fattah Amin yang akan bergandingan sebagai pelakon lelaki utama dalam drama bersiri tersebut.

“Saya memang sudah bersedia untuk memotong rambut pendek demi tuntutan watak dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia. Hasilnya sangat berbeza berbanding potongan rambut sebelum ini.

“Ini merupakan potongan ala boy cut yang paling pendek pernah saya lakukan sepanjang hidup saya.

“Sebelum ini memang saya sering memotong rambut pendek, sependek ini pun ada, tetapi potongan tersebut masih menonjolkan ciri-ciri comel serta menyelitkan sisi kewanitaan.

“Karakter dalam drama bersiri Coffee Prince memerlukan saya untuk menjayakan watak seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki, jadi potongan seperti ini harus saya lakukan,” kata Janna kepada Astro Gempak.

Sebelum
Selepas memotong rambut. Masih comellah Janna!

Tambah Janna, dia melakukan gaya rambut berbeza kerana mahu memberikan kelainan pada setiap watak yang dijayakannya.

“Biar pun sering tampil dengan rambut pendek, tetapi saya tetap harus memastikan yang setiap gaya rambut pendek itu mempunyai perbezaan.

“Saya tidak mahu gaya rambut yang sama. Saya mengutamakan perbezaan pada setiap gaya rambut agar penonton sendiri merasakan kelainan watak yang saya hidupkan,” katanya lagi.

Janna bakal memasuki set penggambaran bermula esok dan drama itu bakal ditayangkan pada November ini. – MYNEWSHUB.CC

 

 

Tags: coffee princeJanna Nick
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd