• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedah MyKad Mahathir Tidak Menyalahi Undang-Undang

oleh
02/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan maklumat kad pengenalan milik Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah tidak menyalahi undang-undang negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sambil menjelaskan bahawa maklumat tersebut malah sebenarnya merupakan maklumat awam yang tidak dianggap sebagai rahsia.

Sekiranya ada pihak yang tidak mempercayai apa yang didedahkan Timbalan Perdana Menteri tu, beliau mengalu-alukan pihak tersebut untuk memeriksa sendiri rekod nama semasa pendaftaran pengajian Mahathir dahulu.

“Perkara ini pihak polis akan siasat untuk buktikan kebenarannya dan sekali lagi saya katakan, maklumat di atas kad pengenalan bukan maklumat sulit dan tidak menyalahi undang-undang untuk berkongsi dengan orang awam.

“Apa yang dikatakan Ahmad Zahid itu adalah benar cuma ada pihak yang mengambil peluang untuk mempolitikkan perkara ini kerana takut sokongan terhadap Dr. Mahathir akan kurang kerana kebenaran tersebut,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Mengesan Maklumat Pelarian (TRIS) di sini hari ini ketika mengulas tindakan pembangkang cuba memperbesarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu.

Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO mendedahkan keturunan Mahathir itu ketika merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu.

“Mahathir lupa mengenai fakta ini – dia adalah anak Iskandar Kutty,” kata beliau ketika merujuk kepada latar belakang bapa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut yang memang berketurunan India.

“Kad pengenalan birunya, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini diperoleh daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sendiri. Patutlah dia mudah lupa, sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun menegaskan ia bukan satu serangan peribadi. Ungkapan ‘mudah lupa’ ialah kata-kata daripada puisi terkenal Mahathir yang merupakan perdana menteri dan presiden UMNO selama 22 tahun.

Mahathir mengulanginya kepada orang Melayu kerana mereka sikap ‘mudah lupa’ terhadap sumbangan UMNO terhadap kebajikan bangsa pribumi tersebut dalam membela hak selain nasib agama, bangsa dan tanah air.

“Orang itulah berjuang untuk Melayu dan mempergunakan Melayu,” kata Ahmad Zahid merujuk Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, yang cuba rampas kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahmad Zahid yang pernah dipenjarakan atas Akta Kesalahan Dalam Negeri ketika pentadbiran Mahathir turut menyifatkan bekas perdana menteri itu umpama, “habis madu sepah dibuang” selepas mempergunakan UMNO.

UMNO diibaratkannya adalah madu yang digunakan Mahathir manakala ahli parti adalah sepah yang beliau buang selepas memimpin parti selama dua dekad untuk bersekongkol dengan pembangkang yang pernah dikutuknya.

Untuk rekod, ketika Mahathir memerintah Malaysia, pembangkang sering menghina beliau dengan pelbagai gelaran buruk termasuk membangkitkan asal-usul keturunan sebagai bahan jenaka politik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi...

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd