• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Didesak Tubuh Tabung Khas Kg. Mutiara

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang campur tangan dan menubuhkan sebuah tabung khas bagi menyelesaikan isu pengusiran penduduk Kampung Mutiara di Batu Ferringhi dekat sini

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata kerajaan negeri boleh menggunakan dana Tabung Amanah Perumahan Bumiputera sebagai bantuan awal kepada penduduk terlibat antaranya untuk menampung kos perpindahan mereka.

“Anggota Dewan Undangan Negeri BN memandang serius isu ini dan akan membantu dengan berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk menyediakan kewangan bagi tujuan membina rumah gantian kekal untuk menempatkan penduduk Kampung Mutiara,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedia maklum bahawa kerajaan negeri bertindak tegas untuk tidak meluluskan permohonan Pelan Merancang oleh pemaju perumahan yang gagal menyelesaikan isu setinggan atas tanah-tanah terlibat.

“Tapi bagi kes Kampung Mutiara, pemilik tanah tidak kemuka permohonan Pelan Merancang, jadi kerajaan negeri tidak boleh buat apa-apa…namun kerajaan negeri masih perlu bertanggungjawab untuk bantu selesai masalah rakyat ini.

“Satu dasar lebih jelas perlu ada dan ambil kira ‘precedent’ (dahuluan)  bagi membela nasib rakyat seperti kes Kampung Mutiara ini bagi memastikan penduduk tidak diusir tanpa belas kasihan dan sebarang pampasan,” kata Jahara.

Semalam penduduk Kampung Mutiara yang diarah mengosongkan rumah mereka, diberi tempoh selama tiga bulan lagi untuk berbuat demikian selepas arahan mahkamah itu berjaya ditangguhkan hasil perbincangan pelbagai pihak.

Keputusan itu berjaya dicapai hasil perbincangan antara pemilik tanah Peter Loke Leng Seak, 65, dan UMNO Bahagian Bukit Bendera yang mewakili 70 keluarga di situ serta kerajaan negeri Pulau Pinang selepas kira-kira 500 orang termasuk penduduk kampung berkumpul secara aman bagi membantah kampung mereka daripada dirobohkan.  – BERNAMA

Tags: DAP Pulau PinangDatuk Jahara Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

04/12/2025
0

Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,...

Tiada Keperluan Bubar DUN Pulau Pinang – Kon Yeow

28/02/2020
0

BATU KAWAN - Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, jika Parlimen dibubarkan di peringkat Persekutuan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd