• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafaz Al-Quran Rahsia Pelajar Peroleh 11A Dalam PT3

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Selain belajar bersungguh-sungguh, menghafaz Al-Quran turut merupakan faktor yang membantu kejayaan seorang pelajar dalam Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Nurunnuha Muhammad Ismi dari Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini yang memperoleh keputusan 11A berkata awal pagi adalah masa sesuai untuk menghafal Al-Quran seterusnya mengulangkaji mata pelajaran sekolah.

“Saya akan bangun seawal pukul 5.30 pagi kerana waktu ini mudah untuk menghafal Al-Quran.

“Apabila kita mudah menghafal Al-Quran, mudah juga untuk kita mengulangkaji mata pelajaran sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolahnya pada Isnin.

Selain itu, Nurunnuha berkata keredhaan ibu bapa dan guru juga amat penting untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Dengan nada sebak, anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata segala nasihat dan dorongan ibu membuatkannya cukup bersemangat untuk belajar.
|
“Saya harap kejayaan yang saya perolehi hari ini dapat membanggakan keduaibu bapa saya,” katanya.

Seorang lagi pelajar sekolah itu, Nur Basyirah Mortaza yang memperolehi keputusan 10A berkata selain berusaha, beliau juga memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas.

“Cikgu banyak memberi bimbingan dan tips untuk berjaya,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Nur Basyirah yang bercita-cita menjadi seorang doktor lebih gemar mengulangkaji pelajaran seorang diri berbanding mengulang kaji secara berkumpulan.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Noor Aini Zainal Abidin berkata jumlah keseluruhan pelajar sekolah itu yang menduduki ujian PT3 adalah seramai 123 orang dan daripada jumlah itu seorang pelajar memperoleh 11A manakala 10Aseramai dua orang, 9A (empat), 8A (lapan), 7A (tujuh) dan 6A (enam).

“Saya tidak berpuas hati kerana hanya 22 pelajar memperolehi lebih dari 7A berbanding tahun lepas lebih 60 pelajar,” katanya.

Beliau berkata majoriti pelajar yang memperoleh lebih dari 7A bukan terdiri dari pelajar ‘kaki buku’ malah mereka yang aktif dalam bidang kokurikulum. – mStar Online

Tags: PT3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

14/12/2022
0

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijadual mengadakan sidang akhbar khas esok, dipercayai bagi menjawab pelbagai isu pendidikan yang menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd