• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selaraskan TIC Terengganu Perkasa Sektor Pelancongan

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu (TIC) akan diselaras secara bersama oleh semua agensi berkaitan pelancongan di negeri itu tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata agensi yang bertanggungjawab menyelaras perkara itu ialah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu dan Unit Promosi Pelancongan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

“Setakat ini kami ada tiga lokasi pusat penerangan pelancongan iaitu di Shahbandar dan Paya Keladi di Kuala Terengganu dan satu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

“Kami akan tambah dua lagi lokasi pusat penerangan iaitu di Besut dan Perasing di Kemaman kerana ia adalah pintu masuk utama ke Terengganu dan sudah pasti kami mahu pelancong mendapat maklumat tepat mengenai lokasi menarik yang ingin mereka lawati sebaik sahaja sampai ke Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pangkalan Gawi di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga & Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman

Ahmad Razif berkata selain TIC, kesemua agensi itu juga akan menyelaras aktiviti pelancongan di Terengganu termasuk Tasik Kenyir.

“Kerajaan negeri sedang lakukan perundingan bersama pengusaha rumah bot dan bot laju agar harga yang dikenakan terhadap pelancong boleh diseragamkan.

“Ia akan memberi imej yang baik terhadap pelancongan di Tasik Kenyir iaitu pengusaha rumah bot dan bot laju ini memberi perkhidmatan terbaik kepada pelancong dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Ketika ini terdapat 72 rumah bot dan 42 bot laju yang beroperasi di Tasik Kenyir dengan harga berbeza mengikut pakej dan kemudahan yang disediakan.
– BERNAMA

Tags: TIC Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd