• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Asing Ditahan Dekat Tanjong Karang

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan seorang tekong dan enam awak-awak dipercayai warga Indonesia di perairan Tanjong Karang dekat sini, semalam kerana menangkap ikan tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Abu Zaki Mohammad berkata mereka yang berumur di antara 21 hingga 41 tahun ditahan di 29.3 batu nautika dari perairan Tanjong Karang kira-kira 10.45 pagi.

Selain itu, pihaknya merampas bot sepanjang 20 meter yang turut mengandungi sebuah tong ikan campur, 16 rawai dan sebuah pukat.

“Pemeriksaan mendapati awak-awak dan tekong bot tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Bot dan warga asing itu dibawa ke pusat operasi Maritim Klang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, APMM meningkatkan penguatkuasaan di sekitar perairan negara bagi mengekang pencerobohan nelayan asing yang bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan tempatan malah dikhuatiri menjadi punca kepada kegiatan jenayah dan penyeludupan di laut.

Sementara itu, Abu Zaki berkata pihaknya memperluaskan kawasan pencarian bagi mengesan seorang kru kapal tangki MT C.P38 yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut kira-kira 10.8 batu nautika barat daya Morib di sini, Ahad lepas.

“Pencarian yang memasuki hari kedua diperluaskan ke lima hingga 10 batu nautika dan persatuan nelayan sekitar kawasan juga telah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Mereka diminta melaporkan sebarang penemuan objek kepada kami,” katanya.

Dalam kejadian itu, rakyat Thailand yang dikenali sebagai Teerayouth, 28, dilihat berada di atas kapal itu kira-kira 5.38 petang.

Ketika kejadian, kapal tangki itu yang berdaftar di Bangkok, Thailand adalah dalam perjalanan ke Papua New Guinea dari Pelabuhan Klang. – BERNAMA

Tags: ditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd