• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Hipokrit Pertahan Asal-Usul Mahathir

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tidak perlu sehingga berdemonstrasi di luar Parlimen kerana nama yang terpampang pada kad pengenalan bukannya perkara privasi”

Demikian sindiran Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan ke atas pemimpin pakatan pembangkang dalam isu nama sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terbongkar.

Beliau malah berpandangan, tidak sepatutnya seseorang itu termasuk Mahathir malu dengan namanya sendiri apatah lagi ia bukan perkara rahsia dan semua maklum sejak dahulu lagi.

“Pimpinan Pakatan Harapan menyerang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dek isu ini walhal merekalah terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejek-ejek nama Tun Mahathir sejak 1998.

“Inilah yang dipanggil hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang melenting mengenai asal-usul Mahathir.

Umum mengetahui ramai tokoh DAP dan PKR selain PAN yang sebelum itu merupakan pemimpin PAS, sering membangkitkan isu keturunan Mahathir sebagai bahan jenaka politik mereka.

Shahir dalam pada itu membidas pemimpin pembangkang kerana merekalah yang sebenarnya membangkitkan isu perkauman dalam perihal nama sebenar Mahathir untuk dijadikan sebagai modal politik mereka.

“Mungkin niat asal Ahmad Zahid untuk menunjukkan parti Melayu UMNO pernah menyokong Mahathir sebagai Ppresiden parti walaupun bukan “Melayu tulen” pada fikirannya.

“Pimpinan dan golongan muda dari Pakatan Harapan telah menjadikan isu ini sebagai modal untuk menyerang Ahmad Zahid kerana mendedahkan maklumat privasi pengerusi mereka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda Ikatan menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu perkauman kerana rakyat sedar itu hanyalah sandiwara.

Ikatan merupakan sekutu PAS dalam Gagasan Sejahtera yang merupakan blok parti pembangkang alternatif selain Pakatan Harapan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahathir MohamadShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd