• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kau Sengaja Calarkan Imej Pemandu Teksi’

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Gambar seorang pemandu teksi di bandar raya ini yang dilihat membawa seekor anjing di dalam kenderaannya ternyata menerima kecaman hebat khususnya dari pengguna media sosial.

Menerus perkongsian di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian berkenaan dipercayai dirakam pada awal minggu lalu di sebuah persimpangan jalan berhampiran kawasan Pulai.

Netizen beranggapan tindakan pemandu teksi terbabit bukan sahaja mencemarkan imej pemandu teksi, malah dilabel sengaja mencetuskan provokasi terhadap sensitiviti penganut agama majoriti di negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar (Gapet) Johor Bahru, Raja Mohd Noor Mohamad berkata tindakan individu tersebut boleh mencalarkan imej baik pemandu-pemandu teksi yang lain di negeri ini.

“Saya kurang pasti sama ada dia (pemandu teksi) adalah ahli kami atau sebaliknya, namun perbuatannya mengecewakan dan boleh mencalar imej baik pemandu teksi di bandar raya ini,” katanya memetik Berita  Harian.

Beliau yang terkilan dengan kejadian itu berharap agar para pemandu teksi khususnya di Johor Bahru dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kelmarin mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

Siasatan itu menurut SPAD sebagai tindakan lanjut bagi memulihkan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Difahamkan, pihak syarikat dan pemandu teksi yang terlibat akan mengadakan sidang media bagi memohon maaf secara terbuka dalam tempoh terdekat.

Seorang ustaz juga turut dilantik bagi mengetuai proses menyamak kenderaan terbabit. -MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingBangsa Johorpemandu teksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

13/07/2026
0

PAKATAN Harapan (PH) membawa naratif kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Johor kerana penyokong Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS beralih menyokong...

Saksikan Apabila Bangsa Johor Bermuafakat

Saksikan Apabila Bangsa Johor Bermuafakat

12/07/2026
0

KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN semalam membuktikan satu perkara iaitu Bangsa Johor mampu bersatu apabila melibatkan masa depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd