• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Negara Dijangka Kekal Kadar Faedah 2015

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus pada 2015.

BNM dijangkakan mengekalkan kadar itu walaupun wujud kebimbangan akan berlaku peningkatan inflasi berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kenanga Investment Bank Bhd berkata OPR bagaimanapun mungkin dinaikkan pada akhir separuh kedua 2015 (2H15) jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadarnya.

Keadaan itu akan hanya berlaku jika ekonomi tempatan cukup pulih, berikutan jangkaan pertumbuhan yang perlahan pada 2015, kesan daripada pelaksanaan GST dan permintaan global yang lemah.

Affin Hwang Capital berkata perbezaan kadar faedah antara kadar dana Rizab Persekutuan dan OPR Malaysia mungkin kekal lebar dan positif.

“Jika Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar dasarnya secara beransur-ansur sebanyak 75 mata asas (bps) pada penghujung 2015 daripada tahap sekarang, kami yakin BNM mungkin mengekalkan kadar dasarnya sendiri, berikutan perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia tetap berada di sekitar 225 bps.

“Dengan mengekalkan OPR tanpa perubahan pada 3.25 peratus pada 2015, Bank Negara mampu mengurangkan kesan ke atas ekonomi tempatan, terutama ke atas penggunaan swasta, daripada ketidakpastian yang semakin meningkat berikutan pembangunan ekonomi dunia,” katanya dalam satu nota.

Bank Negara meningkatkan OPR pada Julai 2014 kepada 3.25 peratus, selepas mengekalkannya pada tiga peratus sejak 2011. Keputusan mengekalkan kadar itu diambil pada mesyuarat terakhir, Jawatankuasa Dasar Monetari bank itu.

Daripada segi dasar kewangan, Affin berkata BNM mungkin perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa ekonomi kekal sihat dan tidak lembap secara mendadak.

Kenanga ketika mengulas mengenai inflasi, berkata ia akan menerima tekanan oleh faktor tolakan kos terutama GST.

“Bagaimanapun, harga minyak yang rendah akan membantu mengurangkan kesan, walaupun keseluruhan penggunaan dijangka sederhana untuk sepanjang tahun,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd