• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Hotel: Bekas CEO FIC Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC), Mohd Zaid Abdul Jalil ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Perintah reman sehingga 4 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Individu yang berumur 46 tahun itu kini merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Sembilan.

Suspek yang tiba di perkarangan mahkamah dengan berkerusi roda, berbaju lokap SPRM dan bergari sambil diiringi pegawai SPRM pada 9.20 pagi kelihatan tenang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta SPRM2009. Suspek diwakili peguam Fahmi Abdul Muin dan Azra Kamarudin.

Fahmi berkata anak guamnya berkerusi roda kerana mengalami ‘slip disc’ serta ‘muscle spasm’ dan perlu membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

SPRM menahan lelaki tersebut pada pukul 9.20 malam tadi Ibu Pejabat SPRM di sini setelah hampir 12 jam dia memberi keterangan.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC dengan harga yang dipercayai jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilapor membeli hotel empat bintang di Kensington pada harga STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014. – BERNAMA

Tags: FICSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd