• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Tawar Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah Haji

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Bagi memastikan keselesaan jemaah haji semasa di Tanah Suci Makkah, Tabung Haji (TH) membuat perancangan rapi termasuk menyediakan bilik penginapan dan kemudahan lain agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

Dalam lawatan ke beberapa maktab penginapan jemaah di Makkah, para petugas media rombongan TH diberikan penerangan oleh pengurus maktab dan ditunjukkan keadaan bilik jemaah haji.

Di setiap bilik, jemaah dibekalkan kit minuman seperti teh, kopi serta susu serbuk untuk bekalan selama sebulan, jadual waktu solat, program ceramah, kunjungan pasukan pembimbing dan kaunselor selain beberapa maklumat bagi memudahkan pergerakan mereka semasa berada di kota suci ini.

Pengarah Operasi Maktab 1438 Hijrah, Mohd Nasir Mohd Yusoff berkata pada musim haji tahun ini, 13 maktab penginapan disediakan untuk jemaah Malaysia melibatkan 24 bangunan hotel.

“Kita mahu memastikan keselesaan dan kepuasan jemaah haji di tahap tinggi. TH juga membekalkan  jadual aktiviti harian sehinggalah tarikh mereka berlepas pulang ke tanah air. Bila semua ini diselesaikan, jemaah akan dapat menumpukan sepenuhnya pada ibadah,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Nasir berkata setiap maktab berkenaan menempatkan purata kira-kira 2,700 jemaah yang ditentukan pengendali jemaah haji di Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara yang bertanggungjawab menguruskan jemaah haji dari rantau itu.

Katanya, TH juga menitikberatkan pelbagai perkara penting termasuk menawarkan kaunter kewangan, bilik rawatan dan sajian makanan, selain aspek  nilai tambah​​​​​​ seperti  menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan penghantaran bagasi ke tanah air.

TH juga menyediakan peta lokasi maktab penginapan jemaah serta laluan berulang-alik ke Masjidil Haram, katanya.

Beliau juga berkata 13 maktab penginapan itu terletak dalam lima zon, dengan jarak ke Masjidil Haram adalah antara 500 hingga 900 meter.

Lima zon berkenaan ialah Zon A Shuib Amir merangkumi lima hotel, Zon B Aiyad Quraihs/Al-Sud (tiga), Zon C Aiyad Bir Balillah/Masafi (lima), Zon D Misfalah (sembilan) dan Zon E Hafaér (dua).

Mohd Nasir berkata buat pertama kali pada musim haji kali ini, setiap jemaah dibekalkan dengan lanyard (tali penyandang lencana pengenalan diri) berbeza warna mengikut maktab penginapan masing-masing bagi memudahkan TH memantau pergerakan jemaah haji berikutan pertambahan kuota jemaah Malaysia kepada 30,200 orang musim ini. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd