• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Jadikan Malaysia Berwajah Baharu

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadikan Malaysia berwajah baharu pada 2050, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Berdasarkan perbincangan pihak kerajaan dengan pelbagai pihak mengenai TN50 setakat ini, gambaran wajah baharu negara itu, katanya, ialah kehidupan rakyat yang baik, peluang kerja yang mencukupi, pendapatan rakyat yang tinggi, kualiti hidup setaraf dengan negara maju, tiada lagi gelandangan dan negara bebas rokok.

“TN50 ini ialah hadiah pemimpin untuk generasi 2050. Jadi anak muda seharusnya mengambil peluang daripada dasar kerajaan ini untuk mencorakkan wajah baharu Malaysia mulai sekarang,”  katanya  dalam satu posting di laman blog beliau sskeruak.blogspot.my, hari ini

Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan TN50 sebagai visi baharu negara pada Oktober 2016, semasa membentang Bajet 2017 dengan tujuan menjadikan Malaysia berada pada kedudukan 20 tangga teratas dunia dari segi pendapatan per kapita rakyat dan sebagai negara maju dengan identiti bangsa Malaysia.

Perbincangan kerajaan mengenai TN50, katanya, telah melibatkan pelbagai sektor masyarakat seperti pelajar, pensyarah, aktivis masyarakat, penjawat awam dan ahli korporat bagi menjana idea dan buah fikiran mereka.

“’Bersama-sama kita menyumbang untuk negara. Masa depan kita bermula dari sekarang, bukannya esok. Yakinilah 2050 sudah berjalan hari ini,” jelasnya.

TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Kementerian Belia dan Sukan diberi tanggungjawab mengumpulkan aspirasi TN50 daripada golongan belia sepanjang 2017, selepas pelan transformasi nasional selama 30 tahun itu diumumkan Najib.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd