• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syor Dokumen RAHR, PPR Di Negeri Sembilan Dibaiki

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 mengesyorkan agar dokumen perjanjian, rekod dan dokumen bagi Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dan sewaan Perumahan Rakyat Bersepadu (PPR) di Unit Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan disediakan, disimpan dan dikemas kini dengan teratur.

Ini bagi memudahkan tindakan susulan, meningkatkan kecekapan dan urusan penguatkuasaan undang-undang pada masa hadapan.

Laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut mengesyorkan agar kerjasama antara Unit Perumahan tersebut dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) diteruskan dan memastikan pemilik RAHR mempunyai dokumen hak milik supaya hasil cukai tanah dan cukai pintu dapat dikutip untuk membantu meningkatkan hasil cukai kepada kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Syor itu dibuat setelah mendapati pengurusan sewa-beli RAHR dan sewaan PPR kurang memuaskan dari segi prestasi kutipan yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga tidak meliputi keseluruhan kawasan RAHR dan PPR.

“Kelemahan yang ditemui iaitu tunggakan sewa PPR dan sewa beli RAHR meningkat, deposit yang telah dirampas tidak diakaunkan sebagai hasil kerajaan, dokumen hak milik belum dikeluarkan bagi pemilik RAHR yang telah menjelaskan pinjaman sewa beli.

“Juga didapati penyelenggaraan dan pemantauan kawasan RAHR dan PPR tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan pengurusan rekod dan maklumatnya kurang memuaskan,” menurut Laporan berkenaan.

Mengenai prestasi kewangan, ia berkata berdasarkan prestasi pengurusan kewangan bagi 13 Jabatan/Agensi Negeri, Negeri Sembilan pada tahun 2016 mendapati sembilan Jabatan/Agensi Negeri atau 69% mencapai tahap Cemerlang manakala  empat Jabatan/Agensi Negeri atau 31% berada di tahap Baik.

Pejabat Daerah dan Tanah Seremban memperoleh markah keseluruhan sebanyak 95.05% dan merupakan yang tertinggi daripada 13 Jabatan/Agensi Negeri. Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu pula telah memperoleh peratus prestasi terendah iaitu sebanyak 80.72% kerana wujud beberapa kelemahan dalam Kawalan Pengurusan, Bajet, Perbelanjaan, Perolehan, Pengurusan Wang Amanah/Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, serta Pengurusan Aset Kerajaan dan Stor. – BERNAMA

Tags: AuditNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd