• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin pada Jun 2015.

Ketika menjatuhi hukuman itu, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mendapati Mohd Syawaldi Mamad, 26,  bersalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki heroin seberat 34.09 gram pada pukul 6.30 petang 3 Jun 2015 di 414-A Kampung Pak Pa, Kuala Terengganu.

Tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 27.84 gram pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama.

Menurut fakta kes, tertuduh ditangkap bersama tiga yang lain pada hari kejadian kerana disyaki memiliki dadah terlarang.

Setelah  disoal siasat, Mohd Syawaldi membawa sepasukan polis ke rumahnya yang kemudian menjumpai ‘pok teh’ atau pil kuda di rumah tertuduh di dalam bekas yang bertulis ‘GUESS’.

​​​​​​​Menerusi pemeriksaan polis, sebanyak 40 botol berisi dadah ditemui di dalam bekas tersebut. Turut ditemui di dalam kotak berkenaan adalah paket plastik berwarna biru berisi 1,973 biji pil berwarna merah dan 20 biji pil berwarna hijau juga disyaki dadah.

Tertuduh kemudian dibawa ke unit Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama barangan kes yang telah dirampas.

Peguam Wan Zawawi Wan Zainuddin, yang mewakili tertuduh, memohon agar mahkamah meringankan hukuman atas alasan anak guamnya  tiada rekod jenayah lampau dan masih muda.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud bagaimanapun berkata tertuduh merupakan seorang pengedar dadah dan pil kuda yang dimilikinya sebanyak 1,993 biji mampu menampung keperluan 1,800 penagih.

Ini, katanya, boleh menimbulkan pelbagai jenayah serta gejala tidak sihat dalam masyarakat. – BERNAMA

Tags: Hukuman Gantung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Hukuman Gantung Azilah Hadri Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan. Bapa Altantuya Mohon Azilah Tak Digantung

Hukuman Gantung Azilah Hadri Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan. Bapa Altantuya Mohon Azilah Tak Digantung

10/10/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd