• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Senarai calon Barisan Nasional (BN) Perak bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata senarai tersebut membabitkan wakil rakyat sedia ada dan calon yang berpotensi serta disukai rakyat untuk bertanding.

“Saya sudah menyerahkan senarai nama calon berkenaan untuk pertimbangan Perdana Menteri setelah diminta berbuat demikian berdasarkan kriteria yang telah dipakai pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya umum di Sarawak.

“Antara kriteria berkenaan yang diumumkan presiden parti ialah kita akan melihat kesesuaian calon yang berada di kawasan berkenaan sama ada calon itu memberikan sumbangan kepada rakyat untuk dipilih mewakili BN pada PRU akan datang,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Hasbullah Osman.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata pemilihan calon berkenaan tidak diketahui oleh mana-mana calon kerana apa yang penting calon berkenaan mampu memberikan sumbangan terbaik terhadap rakyat.

Menurutnya lagi, BN Perak tidak akan mengamalkan politik menakut-nakutkan rakyat kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

“Kita memberi perhatian kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan serta kemudahan kepada rakyat.

“Sebagai parti yang bertanggungjawab dan memerintah, kita tidak akan menimbulkan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata Jalan Gerik ke Pengkalan Hulu di Kerunai dekat sini akan dibaiki dengan kos RM1.8 juta akibat air sering bertakung apabila hujan lebat dan banjir kerana kawasan itu rendah.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang pada dasarnya bersetuju untuk menaik taraf jalan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd