• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Tumpuan Buat Skuad Penyu Berputih Mata

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU — Hilang tumpuan disaat akhir menyebabkan Skuad Penyu terpaksa berputih mata di laman sendiri selepas tewas 2-3 kepada Selangor dalam aksi Piala Malaysia malam tadi.

Pengendali pasukan Terengganu Ifran Bakti Abu Salim berkata kesilapan yang dilakukan di bahagian pertahanan menyebabkan pasukan Merah Kuning berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan.

“Pengakhiran permainan kurang menyeronokkan walaupun kita berjaya berada di depan dengan jaringan 1-0 pada babak pertama permainan, namun pasukan lawan bangkit dan berjaya menjaringkan gol demi gol.

“Kita hendak dapatkan gol bukannya mudah tapi kesilapan saat akhir menyebabkan kita tewas,” katanya kepada pemberita selepas tamat permainan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, Ismail Faruqi Ashari meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-23 sebelum Francis Forkey Doe menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-51 untuk menyamakan kedudukan

Muhammad Syahmi Safari kemudian meletakkan Selangor di depan empat minit kemudian sebelum Tchetche Hermann Brice Kipre menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-77.

Rufino Segovia Del Burgo muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan selepas masa sebenar permainan tamat.

Ifran Bakti bagaimanapun mahu anak didiknya melupakan kekalahan itu dan terus mempamerkan aksi terbaik bagi menghabiskan baki perlawanan dalam Liga Perdana dan Piala Malaysia nanti.

Untuk rekod, Terengganu yang berada di dalam kumpulan D mengumpul tiga mata menerusi empat perlawanan dalam Piala Malaysia.

Selangor menggungguli kumpulan D dengan 10 mata, diikuti JDT (7) dan Sarawak hanya di tempat keempat dengan satu mata. – BERNAMA

Tags: Piala MalaysiaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd