• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Lebih Baik Tanpa Mahathir – Mahdzir Khalid

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali kepada UMNO tidak perlu dikesali kerana situasi itu lebih baik untuk parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata walaupun Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, namun tindakannya menyerang UMNO sejak dua tahun kebelakangan ini adalah perbuatan yang amat teruk.

“Kalau dia kata tak nak masuk (UMNO) pun elok lah. Kita tidak rasa kesal langsung dengan (pendirian) itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir melalui sebuah video klip yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook berkata beliau tidak akan kembali semula kepada UMNO walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menjadi perdana menteri dengan dakwaan parti itu sudah jauh tersasar dari matlamat asalnya.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan menjadi ancaman pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mahdzir berkata ia bukanlah perkara baharu untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“UMNO dan BN telah berdepan dalam 13 pilihan raya. Dahulu pembangkang hanya PAS, kemudian bergabung dalam Barisan Alternatif, seterusnya Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Rakyat yang akan menilai jasa kita (UMNO dan BN) selama 60 tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd