• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peralatan Judi Dalam Talian RM354,500 Dirampas

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 239 peralatan judi dalam talian termasuk mesin simulator dan cip komputer bernilai RM345,500 dirampas dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram Siri ke-37 (Op BAH 37) di dua premis tidak berdaftar di sini malam tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata serbuan di satu daripada premis itu turut menemukan not wang kertas RM1 yang dilekatkan di bahagian cip komputer berkenaan, dipercayai bertindak sebagai nombor siri cip itu.

“Kami percaya taktik terbaru daripada sindiket mesin judi dalam talian ini dilakukan oleh rakyat tempatan dan satu kajian menyeluruh sedang dilakukan bagi mengenal pasti fungsi sebenar not (wang kertas) ini.

“Kesemua mesin yang dirampas akan dilupuskan sementara kedua-dua premis ini juga akan disita serta-merta,” katanya kepada pemberita semasa operasi itu.

Adnan berkata menerusi bancian yang dibuat oleh kementeriannya sepanjang tahun lepas, terdapat 615 premis haram terdiri daripada premis judi dan premis yang berselindung di sebalik perniagaan pusat hiburan keluarga beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.

“Proses menyediakan kertas kepada pihak Jemaah Menteri sedang dijalankan bagi menambah baik dan meminda semula akta sedia ada dengan menumpukan enam aspek aktiviti haram iaitu judi dalam talian, pusat hiburan, pusat urut, penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan permit oleh pelajar dan kesalahan syariah.

“Pindaan akta seperti Akta Rumah Judi Terbuka juga dilihat sudah tidak lagi relevan memandangkan hukuman RM2,000 denda sahaja dikenakan kepada pemilik premis yang didapati bersalah. Kerajaan amat komited dalam memerangi kegiatan aktiviti haram dan sentiasa konsisten menjalankan operasi seperti ini,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan pemilik premis kelab malam yang tidak mematuhi peraturan waktu operasi yang ditetapkan dengan beroperasi hingga pukul 5 pagi dan sering memberikan alasan seperti ‘pelancong asing mahu berhibur’ walaupun realiti sebenar 99 peratus daripada pengunjung adalah orang tempatan.

Tambahnya, semua premis kelab malam di ibu negara hanya dibenarkan beroperasi sehingga 3 pagi manakala premis kelab malam di Bukit Bintang sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 5 pagi.

Sementara itu, sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee turut diserbu manakala empat pengunjung beragama Islam termasuk dua perempuan ditahan atas kesalahan minum minuman memabukkan.

Operasi dijalankan secara bersepadu itu melibatkan lebih 200 anggota daripada 21 agensi serta 13 pertubuhan bukan kerajaan termasuk penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Premis Judi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sarawak Serbu Premis Judi Tanpa Lesen

26/11/2018
0

KUCHING – Polis Sarawak minggu lepas telah menyerbu 21 premis perjudian tanpa lesen dengan 13 daripadanya didapati menjalankan kegiatan judi...

425 Individu Ditahan Dalam Ops Dadu Di Kulai

23/11/2018
0

JOHOR BAHRU – Seramai 425 individu ditahan menerusi 1,558 serbuan Ops Dadu yang dijalankan ke atas premis-premis judi tanpa lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd