• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada ADUN BN Segamat Jadi Ahli Majlis

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Anggota Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong menafikan dakwaan pembangkang bahawa terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dalam daerah Segamat menjadi Ahli Majlis di daerah itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dakwaan itu jelas merupakan satu fitnah yang sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Dalam Segamat ada empat ADUN BN iaitu Mohd Azahar Ibrahim (Tenang), Datuk Ayub Rahmat (Kemelah), Norshida Ibrahim (Buloh Kasap) dan Lau Chin Hoon (Pemanis) tetapi mereka semua bukan Ahli Majlis,” katanya.

Chua berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 di Dataran Labis, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas susulan dakwaan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Shazni Munir Mohd Ithnin bahawa terdapat “orang politik” di daerah Segamat yang menjadi ADUN dan pada masa sama menjadi Ahli Majlis di Majlis Daerah Segamat (MDS).

Shazni Munir membuat dakwaan tersebut dalam ‘Jelajah Bina Semula Negara’ Invoke di Segamat pada 22 Julai lepas.

Chua berkata beliau memandang dakwaan terbabit sebagai perbuatan syok sendiri dan gerak kerja yang menjurus kepada menabur fitnah dalam mengelirukan rakyat demi memenangi pilihan raya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chua Tee Yong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Malaysia Enggan Melabur Dalam Digitalisasi

12/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdagangan...

Kebanyakan Kes Bankrap Pada 2014 & 2015 Akibat Pinjaman Peribadi

24/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Kebanyakan kes bankrap pada tahun 2014 dan 2015 berlaku disebabkan masalah pinjaman peribadi, kata Timbalan Menteri Kewangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd