• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Terperangkap Hampir Sejam

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir satu jam di dalam kereta milik bapanya di Parit Haji Nasir, di sini, selepas tertekan punat kunci pintu di dalam kenderaan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Ahmad Rossyed Isa berkata, dalam kejadian 11.15 pagi, kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta Proton Iriz yang enjinnya dihidupkan dan diletakkan di perkarangan rumah dengan pengetahuan ibu bapanya.

Katanya keluarga kanak-kanak itu berasal dari Kuala Lumpur dan ketika kejadian, ibu bapanya sedang bersiap untuk keluar dari rumah.

“Sejurus menyedari kanak-kanak itu terperangkap, bapanya menghubungi pihak bomba dan sepasukan anggota bomba tiba beberapa minit kemudian di lokasi kejadian,” katanya kepada media di sini hari ini.

Ahmad Rossyed berkata pada mulanya penduduk setempat cuba membantu membuka pintu kereta itu namun usaha itu gagal.

Menurut beliau, bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut panik serta menangis, pihaknya menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada kereta berkenaan pada 11.47 pagi tanpa sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakterperangkap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd