• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Kereta Diumpil, Peniaga Rugi RM40,000

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang peniaga kerugian RM40,000 apabila pintu kenderaan miliknya diumpil pencuri yang kemudian melarikan bungkusan plastik berisi wang tunai yang diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan keretanya, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Saifuddin Mohd Husan, 53, dari Kampung Selabak di sini meletakkan kereta jenis Perodua Viva seketika di tempat meletak kereta berhadapan Terminal Bas Bandar Baharu Teluk Intan, di sini dalam keadaan berkunci untuk bertemu rakan di sebuah kedai.

Menurut Saifuddin, sebaik mengeluarkan wang di sebuah bank berdekatan lebih kurang 11.30 pagi, beliau terus ke kedai rakannya bagi mendapatkan barangan.

“Tak sampai lima minit masuk kedai, saya terdengar penggera kereta berbunyi dan apabila keluar untuk meninjau, saya terkejut rupanya kereta milik saya berbunyi dan pintu penumpang kiri hadapan terbuka sedikit serta mendapati wang dibungkus dalam beg plastik pos laju yang diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan hilang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Saifuddin percaya beliau telah diekori penjenayah sejak dari bank namun ketika dalam perjalanan itu, beliau tidak mengesyaki atau menyedari sesiapa yang mengekorinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu lebih kurang 12 tengah hari daripada orang awam.

Katanya, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan keterangan saksi kejadian. – BERNAMA

Tags: peniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd