• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akur Arahan Mahkamah, PM Pakistan Letak Jawatan

oleh AK-47
29/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif hari ini meletak jawatan selepas Mahkamah Agung negara itu membatalkan kelayakannya ekoran dakwaan rasuah yang dihadapi, lapor agensi berita Xinhua.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu juga perlu memaklumkan secara rasmi kepada Nawaz bahawa beliau telah hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen.

Jurucakap parti Liga Muslim Pakistan – Nawaz (PML-N) ketika mengulas perkara itu berkata mereka akur dengan keputusan mahkamah dan akan mematuhinya walaupun terdapat “keraguan serius terhadap kandungan petisyen dan juga proses mahkamah yang telah dilalui sehingga keputusan mahkamah diumumkan hari ini.”

“Nawaz Sharif telah melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri,” kata jurucakap itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri.

“Hak dari segi undang-undang dan perlembagaan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil telah dirampas. Ini tidak adil. Biarlah sejarah menilai keputusan yang dibuat hari ini,” katanya.

Mahkamah juga telah mengarahkan Biro Kebertanggungjawapan Kebangsaan (NAB), agensi pencegahan rasuah negara itu untuk menyiapkan siasatan jenayah terhadap perdana menteri yang dipecat itu dan Menteri Kewangan Mohammad Ishaq Dar.

Prosiding jenayah juga melibatkan anggota keluarga Nawaz iaitu dua anak lelakinya, anak perempuan dan menantu kerana didakwa cuba menyembunyikan harta di luar negara. – BERNAMA

Tags: Nawaz Sharif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakistan Benar Nawaz Sharif Hadir Pengebumian Isteri

12/09/2018
0

ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan membenarkan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dan anak perempuannya Maryam Nawaz yang sedang dipenjara untuk...

Polis Siasat 17,000 Anggota Parti Nawaz Sharif

18/07/2018
0

LAHORE - Polis membuka kes jenayah ke atas hampir 17,000 anggota parti pemerintah Pakistan yang bakal meninggalkan jawatan kerana melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd