• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Vietnam Tekankan Kerjasama Tentera Laut

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan Vietnam telah menekankan tentang pentingnya kerjasama antara tentera laut kedua-dua negara termasuk berkongsi maklumat mengenai isu-isu strategik, ketenteraan dan keselamatan.

Menurut Kementerian Luar, perkara itu dibincangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam Pham Binh Minh yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Vietnam dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semasa lawatan Anifah ke Hanoi dari 26 Julai hingga hari ini.

“Kedua-dua mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa termasuk Laut China Selatan,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain kerjasama pertahanan dan keselamatran, Malaysia dan Vietnam juga mengadakan perbincangan yang berhasil mengenai pelbagai isu kepentingan bersama termasuk hubungan politik serta ekonomi, maritim, tenaga kerja dan kerjasama konsular, kata kenyataan itu.

Mengenai hubungan politik, kenyataan itu berkata Malaysia dan Vietnam melahirkan rasa puas hati mengenai  keadaan hubungan dua hala yang sangat baik, yang akan menyambut ulang tahun ke-45 pada 2018.

Kementerian Luar berkata Malaysia dan Vietnam juga komited untuk bekerjasama untuk mengembangkan dan mempelbagaikankan lagi pelbagai bidang kerjasama untuk manfaat bersama.

Ia berkata kedua-dua menteri bersetuju tentang pentingnya bertukar-tukar lawatan peringkat tinggi dan dalam hubungan ini, Anifah menyampaikan jemputan kerajaan Malaysia untuk Perdana Menteri Vietnam dan Setiausaha Agung parti yang memerintah melawat Malaysia tahun depan.

Dalam bidang perdagangan dan kerjasama ekonomi, ia berkata kedua-dua pihak akan berusaha untuk mewujudkan keadaan yang baik untuk menggalakkan import dan eksport barangan termasuk produk pertanian dan perikanan.

“Kedua-dua pihak juga akan memudahkan pertukaran maklumat mengenai dasar-dasar dalam kawalan kualiti dan kuarantin produk pertanian dan perikanan.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan untuk memudahkan pertukaran barangan dan aliran pelaburan,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata Anifah mengulangi komitmen Malaysia kepada Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Vietnam ketika itu Nguyen Tan Dung pada 7 Ogos, 2015.

Semasa lawatan, ia berkata Anifah dan rakan sejawatannya juga mempengerusikan bersama Mesyuarat Suruhanjaya Bersama ke-5 Kerjasama Ekonomi, Saintifik dan Teknologi (JCM) antara Malaysia dan Vietnam.

“Pada Akhir JCM ke-5, kedua-dua menteri luar menandatangani Minit-minit yang Dipersetujui,” kata kenyataan itu.

Selain mesyuarat tersebut, Anifah juga membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

Lawatan itu berhasil menyediakan platform bagi Malaysia dan Vietnam untuk mengkaji kemajuan pesat hubungan dua hala dan membolehkan kedua-pdua negara meningkatkan lagi persefahaman ke arah mewujudkan rantau kestabilan, keamanan dan kemakmuran, kata Kementerian Luar. – BERNAMA

Tags: Pham Binh Minh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd