• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,600 ‘Panda’ Curi Tumpuan Di Dataran Merdeka

oleh Ahmad Albab
23/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran 1,600 ‘panda’ di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini pada Ahad menarik perhatian warga kota dan pelancong yang mengunjungi Dataran Merdeka sempena cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

Patung berbentuk panda dalam pelbagai aksi yang dipamerkan di atas jalan itu menjadi simbol kepada anggaran bilangan haiwan itu di dunia bagi meneruskan survival dalam habitat liar.

Ia merupakan sebahagian daripada ‘Siri Jelajah Dunia 1,600 Panda’, yang kini berlangsung di Malaysia mulai hari ini hingga 25 Jan 2015 bagi menyedarkan orang ramai tentang ancaman kepupusan haiwan berkenaan.

Ketika melancarkan acara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata siri jelajah itu akan singgah di 15 lokasi di Malaysia termasuk Dataran Putrajaya, Batu Caves di Selangor, Menara Condong Teluk Intan di Perak dan Bangunan Stadthuys di Melaka.

Menurutnya acara itu boleh memupuk kesedaran orang ramai terutama golongan muda berhubung pemuliharaan alam sekitar dan kebajikan haiwan secara pendekatan yang kreatif dan artistik.

“Anda boleh melihat anak-anak muda begitu berminat dalam acara hari ini dan saya gembira pameran ini melibatkan lokasi ikonik lain di negara ini,” kata Mah merujuk kepada kehadiran golongan muda di acara berkenaan sambil mengambil gambar dengan patung panda.

Menurut firma perunding pemasaran bersepadu Faster Advertising Group, yang menganjur siri jelajah itu di Malaysia, acara itu diadakakan dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan artis arca terkenal Perancis, Paulo Grangeon.

Sejak 2008, pameran itu dianjurkan di beberapa lokasi seperti di Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Taiwan dan Hong Kong.
Malaysia merupakan lokasi ketiga pameran 1,600 panda itu berlangsung di rantau Asia.

Orang ramai boleh memiliki 1,600 patung panda itu sebagai ‘anak angkat’, secara dalam talian di laman facebook 1,600-pandas-MY, dengan membayar RM150 seunit mulai 12 Januari depan. – BERNAMA

Tags: panda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

26/04/2018
0

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd