• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedikasi Sebelum Berserah Takdir, Pegangan Baharul

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Dedikasi dalam melaksanakan tugas sebelum menyerahkan segalanya kepada takdir menjadi pegangan hidup kepada Baharul Sawi, Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, sikap dedikasi itu sudah pasti akan membawa kejayaan dan mendatangkan rezeki tersendiri, termasuk gelaran ‘Datuk’ yang disifatkan Baharul sebagai suatu pencapaian peribadi yang tidak pernah diimpikannya.

“Saya memang tidak pernah jangka akan dipanggil ke istana untuk menerima darjah kebesaran ini. Saya hanya orang biasa yang lahir di Kota Belud (Sabah) dan bekerja sebaik mungkin walau di mana saya berada.

Saya pernah menjadi penjawat awam dan berniaga. Semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas tamat Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Baharul merupakan salah seorang daripada 84 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada istiadat yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata hanya perasaan syukur yang dapat diucapkan apabila mengetahui dirinya dipilih sebagai salah seorang penerima darjah itu, dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah atas pengurniaan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Stesen Televisyen Al-Hijrah Izelan Basar yang juga menerima DIMP menyifatkan anugerah itu adalah pengiktirafan kepada semua pengamal media di negara ini.

“Saya percaya golongan media memainkan peranan penting terutamanya dalam era globalisasi masa ini, yang menjadikan setiap perkongsian dan input yang diketengahkan media penting. Mereka juga menjadi penyebar transformasi yang dilakukan kerajaan,” katanya.

Izelan berkata pengurniaan itu juga ‘lebih manis’ buat keluarga besar Al-Hijrah kerana secara peribadi ia menjadi ‘pengiktirafan kepada media yang menjadikan kandungan ilmiah dan Islamik sebagai kandungan utamanya’. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd