• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marvin Bakal Latih Pemain Bola Keranjang Remaja

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Keranjang Remaja Kebangsaan mahu membangunkan bakat muda seusia lima tahun sebagai langkah jangka panjang membangunkan sukan itu.

Untuk itu tahun ini, jurulatih dan pemain profesional Amerika Syarikat,

Marvin Williams daripada pasukan Charlotte Hornets dipilih untuk tujuan itu.

Program Jr NBA itu disokong Kementerian Pendidikan dengan Malaysia adalah antara 53 negara yang menyertainya.

Tahun ini ia akan memilih lapan remaja lelaki dan perempuan terbaik Malaysia bersama pemain ASEAN lain untuk menyertai perjalanan NBA ke luar negara.

“Perkara paling penting setiap kanak-kanak yang menyertai latihan ini ialah mereka perlu  mempunyai minat dan semangat untuk menjadi pemain yang lebih baik,” kata Williams kepada media di sini hari ini.

Beliau  berkata cabaran  utama  ialah untuk mengubah pemikiran pemain-pemain muda yang bola keranjang tidak mempunyai  masa depan kerana sukan ini bukan sukan utama dalam banyak  negara di luar Amerika syarikat.

“Saya harap kanak-kanak ini akan terus bermain setiap hari untuk menjadi lebih baik selepas program ini berakhir,” katanya.

Williams, 31, yang bermain tujuh musim bersama Hawks dan menyertai Hornets bermula musim 2014-2015 dengan menghasilkan purata 11.2 mata bagi setiap perlawanan akan berada di Malaysia sehingga Ahad ini.

Ditanya mengenai kenangan manis semasa berada di Malaysia, beliau yang pertama kali berada di negara ini berkata orang Malaysia adalah mesra dan beliau merasakan dialu-alukan di sini.

“Tahun lalu saya berada di Indonesia untuk program ini dan di sini saya sudah pergi ke Pasar Seni dan orang-orangnya sangat baik,” katanya dan menambah  beliau sudah merasai buah durian sebaik tiba semalam. – BERNAMA

Tags: Marvin Williams
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd