• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Mengalah, Buka Semua Alat Pengawasan Al-Aqsa

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS/RAMALLAH – Israel hari ini membuka semua peralatan pengawasan yang dipasang di pintu masuk Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Xinhua.

Awal pagi tadi, pihak berkuasa Israel dilihat mula menanggalkan dan membawa keluar pagar elektronik dan kamera pengawasan yang sebelum ini dipasang di setiap pintu masuk masjid suci itu.

Sebaik sahaja berita itu tersebar, ribuan umat Islam berarak meraikan ‘kemenangan’ di jalanan, dengan sebahagian daripada mereka mengagihkan gula-gula dan manisan kepada kanak-kanak.

Israel memasang peralatan pengawasan keselamatan di Masjid Al-Aqsa susulan kes tembakan yang menyebabkan kematian dua anggota polisnya pada 14 Julai lalu.

Tindakan provokasi pihak rejim itu menimbulkan bantahan di kalangan umat Islam dan sebagai langkah protes, mereka enggan memasuki masjid berkenaan dan bertindak menunaikan solat di jalanan.

Bantahan yang kemudiannya bertukar menjadi rusuhan berdarah setakat ini menyebabkan kira-kira 10 terbunuh.

Pemimpin Islam tempatan bagaimanapun masih ragu-ragu dengan tindakan terbaharu rejim Zionis itu, meminta agar umat Islam
menunaikan solat di jalanan sehinggalah mereka benar-benar pasti Israel telah menarik balik penggunaan peralatan pengawasan di masjid tersebut serta mengekalkan status quo Masjid Al-Aqsa.

Gabenor Palestin di Baitulmaqdis Adnan Husseini berharap “Israel serius mengenai langkah yang diambil itu dan tidak mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya”.

Katanya pemimpin Islam tempatan akan menimbangkan dengan teliti perkembangan terbaharu itu sebelum memutuskan sama ada protes akan diteruskan atau sebaliknya.

Rakyat Palestin membantah langkah keselamatan yang diambil Israel di tapak suci itu dan menganggap tindakan tersebut bakal mengubah status quo serta mengganggu hak lawatan orang Islam ke masjid tersebut.

Mereka juga menyifatkan ia sebagai usaha Israel meningkatkan cengkaman di tapak suci itu. – BERNAMA

Tags: Masjid Al-Aqsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa, 60 Penduduk Palestin Cedera

15/04/2022
0

MOSCOW- Sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin cedera akibat pertempuran dengan unit polis Israel, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lapor Sputnik....

Henti Rejim Zionis Ceroboh Palestin, Dakwa Israel – NGO

21/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Pencerobohan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa, Palestin dan seluruh kompleks persekitarannya serta pengusiran rakyat Palestin dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd