• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Jepun Belajar Budaya Melayu

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pelajar Jepun  yang menyertai Program Jalinan dan Jaringan Pengantarabangsaan Anak Angkat Jepun dan Kolaboratif Pembelajaran Maya Frog VLE (Google Hangouts) melahirkan rasa teruja apabila dapat merasai keenakan kuih tradisional Melayu dan mempelajari adat dan budaya  Melayu  di negeri ini.

Pelajar dari Sekolah Menengah Osaki , Momoko Kawano, 13, berkata beliau berasa kagum apabila dapat melihat dan merasai sendiri hidangan tradisi masyarakat Melayu yang disediakan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek antaranya Nasi Impit, Kuah Kacang, Lontong dan Rendang Ayam.

“Saya juga berasa tertarik apabila melihat kuih Nona Manis yang berwarna-warni selain rasanya yang manis,” katanya kepada Bernama hari ini.

Momoko berkata beliau rasa bertuah kerana dipilih untuk menyertai  program tersebut dan ini adalah kali pertama beliau berkunjung ke Melaka.

“Peluang sebegini amat bermakna bagi kami dalam mempelajari kebudayaan, tradisi kehidupan, cara pembelajaran selain mengenal dengan lebih dekat lagi kehidupan harian penduduk negeri ini.

“Oleh itu perjalanan yang jauh beribu batu ke sini tidak dirasai disebabkan perasaan teruja untuk mengenal budaya luar selain hidangan makanan yang cukup asing bagi kami,” katanya.

Seramai lapan pelajar perempuan  dari negara matahari terbit  itu menyertai program selama lima hari yang bermula hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh  Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad dengan turut dihadiri wakil delegasi dari Sakai City International Association Jepun,  Takuro Watanabe dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek, Norsiah Ab Rahman.

Norsiah berkata program berkenaan secara tidak langsung dapat membuka minda dan pandangan mengenai pelbagai budaya dari dua negara yang berbeza termasuk daripada aspek bahasa, agama dan struktur geologi selain pesertanya dapat melibatkan diri dengan aktiviti silang budaya.

“Murid-murid berkenaan turut berpeluang menjalani pengalaman baharu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui platform pembelajaran secara dalam talian iaitu Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE).

“Selain itu mereka turut menyaksikan persembahan tarian kebudayaan Melayu daripada pelajar sekolah ini dan suasana menjadi lebih meriah apabila mereka yang ‘sporting’ turut sama mengambil bahagian dalam tarian itu,” katanya.

Katanya Frog VLE merupakan satu platform mesra pengguna dan mengandungi pelbagai ‘widget’ yang menarik bagi mempelbagaikan aktiviti PdPc di dalam kelas selaras dengan perkembangan sains dan teknologi sekali gus membantu membudayakan pendidikan abad ke-21.

Sementara itu, Othman menyeru agar penduduk di negeri ini mencontohi amalan dan budaya positif masyarakat Jepun dalam menjalani kehidupan seharian termasuk daripada sudut kebersihan, sikap menepati masa dan budaya membaca.

“Kita mengetahui bangsa Jepun adalah bangsa yang menepati masa walau di mana sahaja mereka ­berada disebabkan budaya yang dipraktikkan.

“Justeru langkah ini memperlihatkan kesungguhan kita bagi merebut serta mempelajari sikap dan budaya positif penduduk Jepun untuk diamalkan di negara kita,” katanya.  – BERNAMA

Tags: Budaya Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd