• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Tindakan berani dan pantas kru kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, berjaya menyelamatkan kira-kira 50 orang awam semalam.

Bagaimanapun, tujuh orang awam lagi termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan bunuh diri itu, namun jumlahnya pasti lebih besar jika kru kereta kebal terbabit tidak bertindak dramatik sedemikian.

Lapor portal Daily Mail, memetik jurucakap tentera Mesir yang berkata, hampir 50 orang awam dan anggota tentera berjaya diselamatkan ekoran tindakan kru kereta kebal mereka.

“Ini langkah terbaharu bagi halang serangan bom kereta pengganas. Tentera Mesir sedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan pertahankan kedaulatan,” katanya.

Berdasarkan video yang didedahkan, sebuah kereta dipandu militan Daesh pada mulanya dilihat meluru dengan laju menuju ke sebuah pusat pemeriksaan pasukan keselamatan.

Kru kereta kebal yang melihat kedatangan kereta yang mencurigakan itu kemudian memecut ke arah kereta tersebut dan mendapati empat lelaki bersenjata serta 100 kilogram bahan letupan dibawa bersama.

Kereta kebal itu terus merempuh kereta terbabit dan orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertempiaran lari menyelamatkan diri. Selepas merempuh kereta tersebut, kereta kebal itu mengundur ke belakang.

Secara tiba-tiba kereta yang membawa bahan letupan itu meletup menyebabkan hanya beberapa orang di sekitarnya terbunuh. Daesh setakat ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan Daesh di mana kumpulan pengganas itu pernah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir.

Ini termasuk serangan di sebuah pusat pemeriksaan di Sinai pada 7 Julai lalu yang menyebabkan 21 anggota tenteranya terbunuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BomMesirPengganas Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd