• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Wat Diwarta Sebagai Pusat Kebudayaan

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kelantan akan mewartakan 22 wat sebagai tapak rekreasi dan kebudayaan masyarakat Siam secara berperingkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata setakat ini sembilan wat di Tumpat telah diwartakan manakala bakinya di Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah, akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Di Tumpat ada 12 wat dengan sembilan telah diwartakan. Kita akan selesaikan pewartaan di Tumpat sebelum bergerak ke jajahan-jajahan lain.

“Antara syarat yang mesti dipatuhi termasuklah wat berkenaan perlu aktif sebagai pusat rekreasi dan kebudayaan, merangkumi aktiviti pembelajaran dan taklimat, majlis perkahwinan dan sebagainya yang berkaitan dengan masyarakat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Warta Kerajaan Kelantan – Tapak Wat Kepada Majlis Sangha Kelantan di Wat Phikulthong di Kampung Terbok di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Majlis Sangha Kelantan Phra Phisansammanakit, Konsulat Jeneral Diraja Thailand ke Kota Bharu Paitoon Songkaew dan Ketua Jajahan Tumpat Rosnazli Amin.

Sembilan wat yang menerima sijil pewartaan hari ini adalah Wat Machimmaram, Wat Pracumthart Canaram, Wat Sukhontharam dan Wat Phikulyai di Kampung Bunohan, Wat Mai Suwankhiri dan Wat Chonprachumthat di Kampung Selehong Utara, Wat Phothiviharn di Kampung Jal, Wat Prachumchow Nawa Silaloy di Kampung Ketil dan Wat Pracacinaram di Kampung Wakaf Delima.

Ahmad berkata Majlis Sangha Kelantan telah ditugaskan bagi menyelia kesemua wat di negeri ini dan proses teknikal bagi pewartaan tersebut telah dijalankan sejak beberapa tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Kelantankuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM9.24 Juta Disalurkan Kepada Rumah Ibadat Hindu Menerusi Program Dharma Madani

RM9.24 Juta Disalurkan Kepada Rumah Ibadat Hindu Menerusi Program Dharma Madani

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM9.24 juta telah diagihkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada 462 rumah ibadat Hindu...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd