• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Pantau Harga Ubat Selepas Pelaksanaan GST

oleh Ahmad Albab
21/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHANGLUN – Kementerian Kesihatan akan memantau harga ubat-ubatan untuk memastikan pesakit tidak dibebani dengan ubat mahal selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April depan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kos sebahagian ubat-ubatan di hospital dan klinik swasta mungkin meningkat antara satu dan dua peratus berikutan pelaksanaan GST, tetapi bukan semua ubat akan mengalami kenaikan harga.

Katanya ada beberapa jenis ubat yang tidak dikenakan GST seperti panadol yang biasa digunakan di hospital dan klinik.

“Untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mereka tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan CBP kerana kos ubatan dibiayai kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Program Kesihatan Bersama Rakyat di Kampung Tradisi di sini, Ahad.

Beliau berkata klinik dan hospital swasta di negara ini perlu mematuhi harga siling ubat-ubatan dan kos rawatan lain yang ditetapkan Kementerian Kesihatan supaya ia tidak membebankan pesakit.

Jika pesakit dikenakan caj mahal untuk ubat-ubatan dan rawatan selepas pelaksanaan CBP, beliau berkata mereka boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan.

Dr Hilmi berkata kementerian juga sedang berunding dengan pembekal ubat-ubatan bagi penyelarasan harga supaya tiada kenaikan tidak terkawal selepas pelaksanaan GST.

Mengenai banjir di negeri-negeri di Pantai Timur, beliau berkata kementerian menempatkan 322 petugas termasuk 157 petugas perubatan di klinik bergerak.

“Setakat ini, tiada mangsa banjir mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan. Petugas negeri di beberapa pusat penempatan banjir cukup untuk mengawal tahap kesihatan mangsa banjir.

“Saya nasihatkan semua mangsa banjir terutamanya kanak-kanak supaya tidak bermain air banjir kerana ia boleh mengakibatkan penyakit,” katanya. – BERNAMA

Tags: KKMubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd