• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Bina Tapak Helikopter Di Pulau Jarak Siap 2018

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR –  Pembinaan tapak pendaratan helikopter termasuk infrastruktur asas yang lain bagi kegunaan angkatan tentera dan agensi keselamatan negara di Pulau Jarak, Perak dijangka siap November 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sehingga semalam kemajuan projek yang dimulakan sejak Mei 2016  itu berjalan lancar dengan 31 hari lebih awal daripada jadual asal.

“Projek ini adalah untuk kegunaan pasukan keselamatan negara. Ia dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan mengikut pelan yang telah ditetapkan.

“Kerajaan memandang serius untuk menjaga keselamatan perairan negara dengan memantau projek tersebut. Jadi tidak timbul projek ini bermasalah,” katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang ingin tahu status pembinaan tapak pendaratan helikopter yang dikatakan terbengkalai ekoran kegagalan kontraktor yang dilantik.

Shahidan berkata kontraktor untuk pembinaan projek itu adalah yang berwibawa dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan Kassimhelikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Negeri Sembilan akan menerima Menteri Besar baharu....

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd