• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Masyarakat ESSZONE Beri Sokongan Padu Kepada ESSCOM

oleh Ahmad Albab
21/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meminta masyarakat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) supaya memberi sokongan dan kerjasama padu kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam membanteras anasir yang boleh mengganggu keselamatan di zon itu.

Beliau berkata, mereka berperanan penting sebagai ‘mata dan telinga’ ESSCOM yang dipertanggunjawab menyelaras pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah terutamanya di ESSZONE.

“Isu keselamatan adalah tanggungjawab bersama, bukan semata-mata dipikul oleh pasukan keselamatan negara sahaja.

“Kita tidak mahu ada masyarakat kita sendiri yang bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin atau tidak melaporkan kepada pihak berkuasa keselamatan mengenai kehadiran orang yang mencurigakan di kawasan mereka,” katanya ketika merasmikan Program Semarak Bersama ESSCOM di Dewan Sri Lamag Kinabatangan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar meminta rakyat Sabah supaya tidak mudah percaya berita-berita yang tersebar di media sosial terutama berkaitan dengan isu membawa Sabah keluar dari Malaysia.

“Tindakan sekumpulan kecil penghasut ini tidak bertanggungjawab dan cuba memecahbelahkan perpaduan yang terbina sejak merdeka lagi,” katanya.

Mengenai keselamatan, Bung Mokhtar berharap ESSCOM sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berusaha mencari mekanisme terbaik untuk menangani penjenayah rentas sempadan.

“Saya berharap dengan penguatkuasaan perintah berkurung, tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipertingkatkan sekalin gus meningkatkan lagi tahap mengawal keselamatan perairan ESSZONE daripada diceroboh oleh penjenayah-penjenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi keselamatan di bawah ESSCOM kerana berusaha memelihara keselamatan dan kedaulatan negara selain memastikannya dalam keadaan aman, damai dan sejahtera.

ESSZONE merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau yang meliputi 1,733.7 kilometer. – BERNAMA

Tags: Bung MoktarEsscom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selena Gomez Menangis Di Parti Kerana Justin Bieber

Next Post

Lelaki Hilang Selepas Bot Terbalik Dipukul Ombak

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Next Post

Lelaki Hilang Selepas Bot Terbalik Dipukul Ombak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd