• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Hadiah RM25,000 Kepada Jun Hoong

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak akan memberi insentif RM25,000 kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemberian insentif itu sebagai menghargai kejayaan Jun Hoong yang telah mengharumkan nama negara dalam kejohanan dunia itu di Budapest, Hungary pada 19 Julai lepas.

“Sebelum ini, kerajaan negeri telah memberi ganjaran kepada Jun Hoong iaitu sebuah rumah, atas kejayaannya pada Sukan Olimpik Rio yang lalu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Jun Hoong memenangi pingat emas selepas mengumpul 397.50 mata dengan menumpaskan penerjun dari China, Si Yajie yang meraih perak dengan kutipan 396.00 mata, manakala juara Olimpik, Ren Qian pula membawa pulang gangsa (391.95 mata).

Pada temasya Olimpik Rio 2016, Jun Hoong memenangi pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama wanita. – BERNAMA

Tags: Cheong Jun Hoong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheong Jun Hoong Sah Tarik Diri

03/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara yang juga juara dunia, Cheong Jun Hoong sah menarik diri daripada temasya Sukan Asia...

Azizulhasni, Jun Hoong Ungguli Anugerah Sukan

14/03/2018
0

JAGUH berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan di majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd